Sunday 1 January 2012

tahun baru!!!

stiap tahun mst ad azam baru,
azam tahun lps agknye da trcapai blum ek?
mst la da capai!!
azam tahun ny lbh tggi dari azam tahun sbelum ny...
moga2 azam trcpai la...
amin...
bkn sng azam kita nk trcapai..
azam korang tahun 2011 da trcapai blum?

ble skolah...

skola di buka rse x sbr je nk jmpe kwn2...
ble da lama da skola, da banyak da keje skola,
naek stress jdnye...
ble cuti rse nk skola sbb rndu nk jmpe kwn2...
ble skola, rse nk cuti sbb keje skola bnyk sgt!!!
serba x kena...
biasa la...
kehidupan mmg cm 2...
btl x? mst la btl...
kan3?

skolah!!!!!!!

ahhhh!!!
x sbrnye nk tggu esk tbe...
skola da buka...
hehehe...
lame da cuti, borink sgt duk umah...

Tuesday 20 December 2011

Remaja! Jom Muhasabah!

Firman Allah S.W.T:

”[1]Sesungguhnya telah berjayalah orang-orang yang beriman,
[2]Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya;
[3]Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia;
[4]Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu);
[5]Dan mereka yang menjaga kehormatannya, -
[6]Kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela: -
[7]Kemudian, sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas;
[8]Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya;
[9]Dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya;”

(Surah Al-Mu’minun 23: 1-9)

Remaja. Ya, anda. Jom! Mari kita sama-sama bermuhasabah. Melalui garis panduan yang telah Allah tunjukkan kepada kita dalam 9 ayat daripada Surah Al-Mu’minun ini, dapatlah kita sama-sama melihat. Muhasabah kembali. Apakah kita layak menjadi orang yang berjaya dalam erti kata yang sebenarnya?

Di ayat yang pertama lagi. ”Sesungguhnya telah berjayalah orang-orang yang beriman,” kita telah mampu membuat gambaran melalui first impression, dan menambah keyakinan dalam hati kita bahawa agama Islam merupakan agama yang sempurna. Tiada yang perlu diragui lagi. Tak dapat disangkal lagi. Yakinlah wahai remaja sekalian! Islam bukanlah agama yang mengongkong kita. Islam juga bukanlah agama yang ekstrim. Malah, Islam adalah cara hidup. Mari kita perhatikan Firman Allah S.W.T yang berikut:

”Wahai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam agama Islam dengan menyeluruh”

(Al-Baqarah 2: 208)

Ramai dalam kalangan kita yang solat. Mungkin pernah terlintas dalam fikiran kita ”Aku menunaikan solat, tapi mengapa aku masih sukar atau sering melakukan ma’siat, sedangkan Allah pernah berfirman:

“ Dirikanlah solat, sesungguhnya solat itu dapat mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar.”

(al-Ankabut: 45)

Sahabat sekalian, mari mencari jawapannya. Saya percaya anda sendiri sudah sedar bukan? Perhatikan kembali ayat kedua dalam Surah Al-Mu’minun tadi. “ Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya;” Khusyuk kah kita dalam solat? Cuma kita sendiri yang dapat menilainya.

Oleh itu sahabat, disinilah pentingnya ilmu. Memperbaiki cara solat kita. Janganlah biarkan pemikiran kuno mempengaruhi kita. Pemikiran seperti ”Tiada ustaz yang nak ajar kami, jadi kami tak tahu. Tak apa, sesungguhnya Allah Maha Mengasihani, Allah tidak menyeksa hambanya yang tak tahu. Allah itu tidak zalim. Tak Mengapa.”

Benar, Allah tidak zalim. Tapi sahabat, bersyukurlah kita kerana kita dilahirkan di zaman ini. Menuntut ilmu tidaklah sesukar para ulama dahulu. Walaupun dalam ketika kerosakan ummah sedang berlaku, ianya tidak menjadi penghalang kepada kita untuk menuntut dan mencari ilmu agama bagi memantapkan akidah dan ibadah kita. Juga, ketahuilah bahawa menyempurnakan solat kita juga merupakan satu tuntutan. Inisiatif perlu diambil bagi mencari ustaz atau guru untuk mengajar kita dalam hal ini. Ingatlah, ilmu itu tidak datang dengan sendirinya. Tiada kejayaan yang datang dengan sendiri. Allah S.W.T berfirman:

”Dan bahawasanya manusia hanya memperoleh apa yang telah diusahakannya, Dan sesungguhnya usahanya itu kelak akan diperlihatkan(kepadanya)” (An-Najm 53: 39-40)

Marilah kita bersama-sama memperbaiki diri kita melalui kaedah bermuhasabah ini. Sedarkah kita, bahawa kitalah generasi yang akan menerajui perjuangan Islam dan pelapis pemimpin negara setelah perginya pemimpin-pemimpin yang dihormati sekarang. Sahabat, mungkin kita semua perlu menjadi pakar dalam bidang masing-masing seperti Pakar Teknologi, Pakar Math, Pakar Biologi, Pakar Fizik, Pakar Kimia dan lain-lain. Kita harus bergabung bagi membentuk sebuah empayar Islam yang baru! Generasi dahulu telah membuktikannya! Takkan kita hanya hanyut dan lena dibuai kisah cinta sahaja?

Remaja! Jom Muhasabah - OhIslam.com

Mari kita soroti kembali kisah kejayaan seorang tokoh ilmuwan Islam yang tak asing lagi bagi kita. Beliau adalah Ibnu Sina. Ibnu Sina atau dikenali sebagai Avicenna di Negara Barat telah mengkhatamkan hafazan Al Quran pada usia yang sangat muda dan telah dapat menjaganya dengan baik pada usia 10 tahun. Kegigihan beliau dalam menuntut ilmu dapat dibuktikan lagi dengan terhasilnya karya yang sangat terkenal dan menjadi sumber rujukan selama berabad-abad iaitu Qanun fi Thib (Canon of Medicine). Ibnu Sina telah dilantik menjadi Doktor Di Raja pada umur 18 tahun. Beliau mula belajar mengenai falsafah dengan membaca pelbagai tulisan seperti tulisan Greek, Muslim dan buku-buku lain mengenai subjek ini serta mempelajari logik dan subjek lain daripada Abu Abdallah Natili iaitu seorang ahli falsafah terkenal pada waktu itu. Pernah suatu ketika beliau telah membaca buku “Metafizik Aristotle” sebanyak 40 kali hanya semata-mata untuk mencari penyelesaian kepada permasalahan yang dihadapi.

Seperti ilmuwan lain Ibnu Nafis, Ibnu Sina, Al-Batani, Newton, Einstein, Kepler, Plato, Aristotle dan ramai lagi ahli ilmu, ahli falsafah dan ahli fikir memulakan aktiviti saintifiknya dengan berfikir. Genius ini ialah memiliki kekuatan berfikir yang luar biasa. Bila melihat langit, bintang-bintang, system cakerawala, hujan yang turun, petir dan kilat yang sambar menyambar, sakit dan kematian, ia mendorong mereka berfikir. Hasil daripada pemikiranlah yang melahirkan tanggapan dan kesimpulan terhadap sesuatu. Daripadanya, suburlah ilmu dan kehidupan akan menjadi lebih bermakna.

Mari kita sama-sama menghayati Firman Allah S.W.T:

“dan tidaklah Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk memperhambakan diri kepadaKu”

(Az-Zariyat 51:56)

Hakikatnya, setiap apa yang kita lakukan adalah untuk Allah. Setiap kejayaan yang diraih. Setiap kegagalan yang menduga. Setiap nikmat yang dikurniakan. Setiap musibah yang melanda. Semuanya telah Allah tetapkan. Semua itu adalah dalam pengetahuanNya. Redha dengan ketentuanNya merupakan satu kekuatan yang amat besar. Satu kisah yang diceritakan, bahawa si fulan bertanya kepada seorang kanak-kanak yang kematian ayah kandungnya di Afghanistan akibat ditembak oleh musuh Allah, “Kamu tak sedihkah? Sedangkan ayah kamu mati ditembak oleh musuhNya?” Kanak-kanak itu menjawab tanpa ada riak sedih pada wajahnya “Tak. Ayah aku tak mati. Dia cuma pergi berjumpa Allah di alam lain”. Subhanallah. Sebegitu kuat keyakinannya terhadap agama ini. Walaupun pada kebiasaannya, seorang kanak-kanak seusia 8 tahun itu akan menangis meratapi pemergian ayahnya. Tetapi tidak pada kenak-kanak ini. Allah S.W.T berfirman:

“Dan janganlah kamu mengatakan orang-orang yang terbunuh di jalan Allah (mereka) telah mati. Sebenarnya mereka hidup tapi kamu tidak menyedarinya” (Al-Baqarah 2 : 154)

Akhir kalam, saudara sekalian. Marilah kita sama-sama memanjatkan syukur kepadaNya kerana masih dikurniakan nikmat paling besar dalam kehidupan insan. Tanpanya, kehidupan insan itu tak lagi bernilai. Itulah nikmat iman. Marilah kita mengukuhkan iman dengan ketaatan kepadaNya.

Semoga apa yang kita perolehi, dapat sama-sama kita amal dan sampaikan. InyaAllah.

Wallahu a’lam.

Pertemuan...

Dalam kehidupan, mst kita akn brtemu dgn seseorg... kdg2 prtemuan itu tdk kita sangka, kdg2 kita sengaja membuat prtemuan itu... pertemuan yg tidak kita sangka itu kdg2 akn mmbwa kegembiraan dan akn mmbwa kearah kebencian... tp ingatlah bhawa smua pertemuan i2 ad hikmahnya... jgn sesekali kita mmbnci akn pertemuan kita dgn seseorg, tp anggaplah ianya kurniaan yg tlh Tuhan beri kpd kita... pertemuan adlah sesuatu yg indah... sperti kita bertmu dgn psangan hdp kita atau sahabat karib kita... pertemuan kita dengan musuh kita juga sbenarnya ad hikmah... iaitu Tuhan ingin menguji kesabaran dan dendaman kita pd seseorg... jkalau kita sentiasa brsbr dgn musuh kita i2 INSYAALLAH kita akn mndpt ganjaran yg hebat drpd Allah... pertemuan adlah ssuatu yg indah bg sy...

HOPE KORANG SUKA MEMBACA BLOG SY...

Sekuat Manakah Iman Kita?

Kita hidup dgn cabaran... prnhkah kita berfkir "sekuat manakah iman aq?" prnahkah kita menguji keimanan kite utk mengetahui kekuatan iman kite? Jarang... jarang... dan tramat jarang utk kite mncari org yg memikirkan tntg kekuatan iman kite... org zaman skarang slalu pndai brkata-kata dgn kwnnya "eh...eh... sdp ko jer ckp aq x de iman... ko tau cam ne aq x de iman? ko tilik? hah! hei!! 4 your inmation iman aq kuat la beb..." kata-kata yg pedas dan menyakitkan aty bkn? kwn mnjwb "aq x kata aq tilik pn... tp aq tgk cara ko la beb... ko ckp ko ad iman... iman ko kuat... tp knapa bler brsama ng awek, ko maen pegang2 tgn? mana iman ko? ko buang kat mana? org yg mmpunyai iman yg kuat pndi memikirkan yg mana dosa yg mana phala la beb... x kan ko x leh nk beza smu 2? huh!!"
Ny la org kita, asal brsama ng awek atau 4we jer hlang iman... main pegang2 tgn... aq x mksdkan smua org tp aq mksdkan kt org2 yg buat smua ny... ng kwn bkn main ckp psl kekuatan iman yg kita miliki... tp bila brsama dgn awek n 4we, hlang iman... ape nk jd ny? org kita skarang smua nk ikt org barat, pkai ketat2 mcm x ckup kain bg yg pompuan la... yg laki2 plak warna rmbut la, pkai sluar pndek la, ape nk jd ny? kita org islam... org islam yg mmpuyai IMAN... malu la beb... ckp bab agama pndi sgt, tp diri kite 2 ad iman x? pkir2 la sndri... aq bkn nk bangga yg aq ad iman kuat sgt... tp g2 la... bler tgk org zaman skarang aq rase malu gler beb... org islam, tp x de iman... malu la skit beb... aq pn bknnye kuat sgt iman... tp aq still ad maruah diri sbagai seorg umat islam... kuat sgt ke iman kite smpi nk menunjuk-nunjuk kt kwn?

SOE LA KALU KATA2 SY AD BUAT ATY KORANG TRLUKA...